TERNYATA
kini banyaknya buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris. Lalu
dicatat oleh Profesor John Esposito: "Ramai percaya bahawa pada
peringkat pertengahan pertama abad ke-21 Islam akan menjadi agama kedua
terbesar di Amerika.
Beliau ialah Ketua Editor Oxford Encylopedia of the Modern Islamic World dan The Oxford History of Islam. Menurutnya kira-kira enam juta warga Islam di Amerika kini lebih ramai dari golongan Episcopalian.
Lebih
2,100 masjid dan pusat-pusat Islam telah dibina di serata tempat di
Amerika di pekan-pekan kecil dan perkampungan serta bandar-bandar besar.
Ini kerana warga Islam telah berada di Amerika sejak abad ke-19 lagi.
Kedatangan
mereka dari waktu Columbus termasuk golongan Moriscos (Islam Sepanyol)
selain dari hampir 20 peratus hamba abdi Afrika walaupun ada yang
kemudian dipaksa masuk agama Kristian. Yang lain ialah warga India dan
Arab.
Masyarakat
Islam paling ramai kini ialah di New York, Boston, Chicago, Los
Angeles, Houston, Detroit dan Toledo. Pelbagai hal mengenai kehadiran
mereka kian terserlah berikutan peristiwa-peristiwa termasuk revolusi
Iran, Perang Teluk Parsi dan peristiwa-peristiwa di Pakistan.
Sementara
itu bilangan warga Islam di Eropah Barat telah meningkat daripada 10
hingga 15 juta. Paling ramai ialah di negara Perancis, Jerman dan
Britain. Bilangan kecil ialah di negeri Sepanyol, Belanda, Sweden,
Denmark, Norway dan Austria.
Paling
ramai warga Islam di Eropah ialah di negeri Perancis sejumlah lima
juta. Masjid-masjid besar telah dibina di Paris dan Lyons.
Bilangan
warga Islam di Britain pula hampir dua juta dan lebih 600 masjid telah
pun dibina. Berbanding keadaan di Perancis dan Jerman yang ramai warga
Islam tidak berhak mengundi dalam pilihan raya, warga Islam dari
negara-negara Komanwel mendapat kerakyatan British.
Profesor
Esposito ialah sarjana pengajian Islam dari pengarah pusat persefahaman
Islam- Kristian di Universiti Georgetown. Beliau juga mendalami
perbezaan di antara golongan Sunni dan Syiah dengan beberapa mazhab
imam-imamnya.
PentafsirDisiarkan dalam akhbar Times, London
baru-baru ini ialah iklan jualan apartmen di Mekah dari satu hingga
tiga bilik yang darinya bilik boleh dilihat ke Kaabah. Iklan tersebut
untuk makluman warga Islam di Britian, antara lainnya.
Menyertai
Profesor Esposito sebagai pakar Islam ialah T.B Irving (Haji Ta'Lin
Ali), pentafsir Quran dan Gai Eaton, lulusan Universiti Cambridge dengan
bukunya berjudul Islam and the Destiny of Man.
Dari dunia timur pula ialah Historical Developments of Islam in China. Antara lain catatan mengenai 35,000 masjid di serata negara China. Di ibu kota Beijing saja terdapat 64 masjid.
Antara
masjid paling tua ialah di Guangzhou, selatan China yang dibina pada
abad ketujuh. Menurut banci 1990, jumlah warga Islam China lebih 17
juta, tetapi punca-punca lain menyebut jumlah mereka sebenarnya antara
30 hingga 50 juta.
Menurut
laporan Wikipedia, agama Islam tiba di negara China melalui seorang
yang dihantar oleh Saidina Othman. Perkampungan Islam pertama wujud
terdiri dari warga Arab dan para peniaga Parsi.
Warga
Islam menduduki pelbagai wilayah. Sebilangan kemudiannya menunaikan
fardu haji antara abad ke-15 hingga abad ke-18. Bilangan mereka
meningkat hingga 10,700 pada tahun 2007.
Menurut
laporan pada bulan April 2001, kerajaan menubuhkan Persatuan Islam
China untuk membantu menggalakkan pelajaran membaca al-Quran". Ia
dikendalikan oleh 16 pemimpin Islam yang ditugas mengawasi pelaksanaan
syariah-syariah Islam. Antara keistimewaan yang diluluskan bagi warga
Islam ialah yang berikut:
l Di daerah-daerah yang warga Islam majoriti, pemeliharaan babi tidak diizinkan.
l Tanah-tanah perkuburan khas bagi warga Islam.
l Perkahwinan melalui imam dan cuti bagi para pekerja pada hari-hari kebesaran Islam.
l Izin untuk menunaikan haji ke Mekah.
Dalam pada itu banyak restoran mengadakan hidangan makanan halal. Dalam bahasa Cina terjemahan perkataan halal ialah qingzhen cai.
Laporan-laporan
yang terbit ialah mengenai warga Islam yang minoriti di dunia Barat dan
Timur iaitu sebahagian dari para ummah. Jelas bahawa mereka menghadapi
ujian, cabaran dan ada kalanya penindasan dengan keteguhan iman.
0 ulasan:
Catat Ulasan